Saturday, October 6, 2012


               Bila Kita Terlalu Fikir Apa Yang Orang Fikir Pasal Kita


Tanpa kita sedari, sebagai manusia normal, kita terlalu memikirkan apa yang orang lain fikir pasal kita. Aku rasa terutamanya perempuan lah kot. Sebab lelaki biasanya macam ~whatever lah kau nyah.

Situasi 1. (contoh lah..)

Sophie, aku nak break dengan boyfriend aku. Aku dah tak sanggup bersama dengan dia lagi. Aku terlalu kecewa dengan sikap dia. Tapi aku takut, kitorang dah couple bertahun-tahun, nanti bestfriend dia mesti attack aku, kutuk aku. Family dia mesti menyampah dengan aku. Macam mana kalau dia terlalu sedih sampai nak bunuh diri? Nanti aku yang rasa berdosa.

Aku kata..
Yang kau nak fikir sangat pasal apa orang nak fikir pasal kau tu kenapa? Kalau diorang cakap buruk pasal kau pun kenapa? (kau mati ke nanti?) Kalau boyfriend kau memang ye pun nak bunuh diri, itu masalah dia lah sebab tak dapat nak terima hakikat. (atau kurang iman di dada sampai nak bunuh diri?) Kau tak boleh paksa diri kau untuk puaskan hati semua pihak bila sebenarnya orang-orang sekeliling yang kau bayangkan tu sebenarnya tak ambil kisah langsung pasal kau. Kalau ambil kisah pun sekejap jelah. Ala, macam artis la, kontroversi kan sekejap je. 

Banyak je lagi situasi lain yang cubalah kamu fikir sendiri, mesti ada waktunya kamu sangat risau dengan apa pandangan orang terhadap kamu. Sebenarnya kita buang tenaga bila banyak fikir benda yang tak berfaedah. Oleh itu, bukanlah nak kata suruh pentingkan diri sendiri dengan hanya fikir diri sendiri aje. Tapi, bila dengan cara terlalu memikirkan pandangan orang terhadap kita membuatkan kita rasa sedih, tak bermaya, tensi, macam nak terjun bangunan *hiperbola* maka kenapa masih nak fikir banyak?

Bila rasa macam orang kutuk kita ke, tak suka kita ke, mengumpat kita ke. Anggap je mereka tak kenal siapa kita. Hanya yang rapat dengan kita aje yang betul-betul kenal & sayang kita kan? Oleh itu, aku punya tagline famous di kalangan teman rapat adalah " kalau ada 1000 orang menentang kita, ada lagi 2000 orang yang akan sokong kita. Jadi, kenapa nak hidup untuk 1000 orang tu sedangkan 1000 orang tu bukan siapa-siapa dalam hati & hidup kita. Tak berbaloi kan?" *bercakap sambil genggam tangan dan mata bersinar-sinar.cehhh!*

Ada kalanya kita berdepan dengan situasi yang sukar di mana kita takde peluang nak tegakkan kebenaran sebab adanya manusia-manusia bermulut lahanat. Kan? Jadi, aku nasihatkan bersabarlah. Ikut pengalaman aku, bila aku bersabar..selalu kebenaran itu terbongkar dengan sendirinya tanpa perlu aku jelaskan apa-apa. Lepas tu macam reverse psychology la, aku buat muka selamba je, tapi bayangkan orang yang buat salah dengan kita tu tak ke rasa malu nak berdepan dengan kita? Kalau jenis yang tak tahu malu tu sebab dia takde kemaluan la! Erkkk!?? Yer memang wujud spesis muka tembok besar China begini. Perkara tersirat tu, akan terbongkar juga akhirnya lebih-lebih lagi bila kau dianiaya. Allah kan ada dengan kita =) Doa tak semestinya lepas semayang je jenah oii.. *sapa nama dia jenah janganlah terasa pula..huhu..*


          TENANGLAH WAHAI HATI

Ya Allah, aku memohon kepadaMu dengan rahmat dan kasih sayang Mu, limpahkan ketenagan kedalam hatiku yang sedang gelora…Ya Allah, sejukkan hatiku yang membara….Ya Allah tunjukkan aku jalanMu…berikanlah aku hidayahMu…

Ya Allah, aku memohon dengan sangat..kau berikanlah kelapangan dalam dadaku, uraikan kekusutan dipikiranku, permudahkanlah urusanku…

Ya Allah, kepadamu aku mohon perlindungan dari bisikan syaitan dan tiupan nafsu….

Ya Allah, Ampunilah dosa2 ku, lindungilah aku…
“Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) Al Qur’an yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gemetar karenanya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barang siapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk baginya” (39:23)

Hanya kepadaMu lah aku memohon ampunan, dan kepadaMu lah aku titipkan harapan..

Wednesday, October 3, 2012

                     kawan setia
 
Bukan senang untuk mendapat kawan yang setia
Boleh berkawan waktu susah dan senang
Di waktu dukacita dan gembira
Di waktu kita buntu fikiran dialah yang memberi pandangan
Ketika tidak ada apa yang hendak dimakan dia beri bantuan
Boleh memberi pertolongan sebelum diminta, kerana faham masalah kawan
Apatah lagi apabila diminta.

Waktu sakit diziarahi, di waktu dapat nikmat dia melahirkan kegembiraan
Kesusahan kawan kesusahannya
Kesedihan kawan adalah kesedihannya
Keluarganya dijaga dan diambil berat tentang kehidupannya
Maruah kawan dan keluarganya amat dijaga
Ia merasakan maruah diri sendiri juga
Apabila sudah agak lama tidak berjumpa sudah tertanya-tanya
Apa halnya, apa masalahnya, lama tidak berjumpa
Kebaikannya dicerita-cerita dan dipuji-puji di belakangnya
Keaibannya ditutup dan kecacatannya tidak diumpat.

Mengutamakan kawan dari dirinya
Selepas mati keluarganya tetap dihubungi
Silaturrahim dengan keluarga kawannya selepas mati tetap ditolong
Aduh mana hendak dapat kawan di waktu ini
Macam kita gambarkan tadi.

Penulis pun belum boleh setia dengan kawan
Aku mohon ampun kepada Tuhan
Kerana belum boleh setia dengan kawan.



Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.
Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.
Semua orang pasti mahukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.