Bukan senang untuk mendapat kawan yang setia
Boleh berkawan waktu susah dan senang Di waktu dukacita dan gembira Di waktu kita buntu fikiran dialah yang memberi pandangan Ketika tidak ada apa yang hendak dimakan dia beri bantuan Boleh memberi pertolongan sebelum diminta, kerana faham masalah kawan Apatah lagi apabila diminta. Waktu sakit diziarahi, di waktu dapat nikmat dia melahirkan kegembiraan Kesusahan kawan kesusahannya Kesedihan kawan adalah kesedihannya Keluarganya dijaga dan diambil berat tentang kehidupannya Maruah kawan dan keluarganya amat dijaga Ia merasakan maruah diri sendiri juga Apabila sudah agak lama tidak berjumpa sudah tertanya-tanya Apa halnya, apa masalahnya, lama tidak berjumpa Kebaikannya dicerita-cerita dan dipuji-puji di belakangnya Keaibannya ditutup dan kecacatannya tidak diumpat. Mengutamakan kawan dari dirinya Selepas mati keluarganya tetap dihubungi Silaturrahim dengan keluarga kawannya selepas mati tetap ditolong Aduh mana hendak dapat kawan di waktu ini Macam kita gambarkan tadi. Penulis pun belum boleh setia dengan kawan Aku mohon ampun kepada Tuhan Kerana belum boleh setia dengan kawan.
Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.
Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.
Semua orang pasti mahukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.
|
Wednesday, October 3, 2012
kawan setia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
payah untuk dpt kawan sejati
ReplyDelete