Friday, February 3, 2012

                saya sayang awak selamenye...........


AWAK…..
awak ingat tak dulu mase kite mula2 kenal?
dari kite borak2 kat facebook…kemudian awak mitak no fon saya..
sejak dari tu kita berhubungan melalui sms pula…
awak mesti ingat kan…awak nak tau sebab ape?
sebab saya MINAT nak kawan dengan awak…

Awak...
hari ni berubah situasi
tapi hati ni x mgkin brbh utk diisi
utk awk sya still kat cnie
walaupun dh lme rmai yg nk isi...


AWAK..
awak ingat tak dulu saya pernah merajuk 2 hari dengan awak?
saya rasa awak seolah2 kurang bagi perhatian kat saya..
awak tau sebab ape?
sebab saya dah mula SAYANGkan awak…

AWAK..
dari rasa MINAT tu…saya beranikan diri mulakan mesej dengan awak….
dari rasa SUKA tu….saya slow2 terima perbezaan usia kita….
dari rasa SAYANG tu…saya sedar saya tak boleh paksa awak beri perhatian kat saya je….
dan dari ketiga-tiga perasaaan ni…saya sedar…saya telah jatuh CINTA dengan awak….












AWAK...
Time saya majuk.....
saya tak angkat kol awak....
padahal telinga ni memang rindu nak dengar suara awak...
tapi sebb ego saya keraskan hati...

AWAK...
time awak bagi mesej pujuk saya...
saya baca walaupun saya tak balas....
saya sakit dengan perbuatan awak...
tapi bila awak terus pujuk saya untuk reply msj awak...
saya akur.....saya pujuk hati saya sendiri....
saya maafkan kesilapan awak....
sebab saya CINTAKAN awak....





Gadis: Mengapa awak menyukai saya? Mengapa awak cintakan saya?
Jejaka: Saya tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu saya memang menyayangi dan mencintai awak!
Gadis: Awak tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana awak boleh katakan awak sayang dan cintakan saya sedangkan awak tidak boleh menerangkannya.
Jejaka: Betul! Saya tak tahu sebabnya tetapi saya boleh buktikan bahawa saya memang cintakan awak!
Gadis: Tak boleh beri bukti! Saya nak awak terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Tapi, kenapa pula awak tak boleh terangkan sebabnya?
Si Jejaka menarik nafas panjang dan dia berkata..
Jejaka: Baiklah! Saya mencintai awak sebab awak cantik, comel, mempunyai suara yang merdu, penyayang, kelakar, dan sentiasa merindui saya. Saya juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak awak melangkah, di situlah cinta saya bersama awak!
Si Gadis tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan Si Jejaka tadi. Namun begitu selang beberapa hari si Gadis mengalami kemalangan dan koma.
Si Jejaka amat bersedih. Di wad hospital, Si Jejaka menangis di tepi katil Si Gadis sambil berbisik..
“Awak! Jika disebabkan suara, saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak bersuara? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak kerana sekarang awak tidak dapat bersuara.
Jika disebabkan kasih sayang dan senda gurau, saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak menunjukkannya? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak ketika ini.
Jika disebabkan senyuman saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak tersenyum? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak. Jika disebabkan setiap langkah saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak melangkah? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Saya tidak mempunyai sebab untuk mencintai awak lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Saya masih mencintai awak dulu, kini dan selamanya.
“Cinta tidak perlu ada sebab. Cinta lahir dari hati yang ikhlas. Saya terima awak seadanya. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang. Namun begitu. Ia boleh dirasai dalam hati..”

No comments:

Post a Comment