Saturday, October 6, 2012


               Bila Kita Terlalu Fikir Apa Yang Orang Fikir Pasal Kita


Tanpa kita sedari, sebagai manusia normal, kita terlalu memikirkan apa yang orang lain fikir pasal kita. Aku rasa terutamanya perempuan lah kot. Sebab lelaki biasanya macam ~whatever lah kau nyah.

Situasi 1. (contoh lah..)

Sophie, aku nak break dengan boyfriend aku. Aku dah tak sanggup bersama dengan dia lagi. Aku terlalu kecewa dengan sikap dia. Tapi aku takut, kitorang dah couple bertahun-tahun, nanti bestfriend dia mesti attack aku, kutuk aku. Family dia mesti menyampah dengan aku. Macam mana kalau dia terlalu sedih sampai nak bunuh diri? Nanti aku yang rasa berdosa.

Aku kata..
Yang kau nak fikir sangat pasal apa orang nak fikir pasal kau tu kenapa? Kalau diorang cakap buruk pasal kau pun kenapa? (kau mati ke nanti?) Kalau boyfriend kau memang ye pun nak bunuh diri, itu masalah dia lah sebab tak dapat nak terima hakikat. (atau kurang iman di dada sampai nak bunuh diri?) Kau tak boleh paksa diri kau untuk puaskan hati semua pihak bila sebenarnya orang-orang sekeliling yang kau bayangkan tu sebenarnya tak ambil kisah langsung pasal kau. Kalau ambil kisah pun sekejap jelah. Ala, macam artis la, kontroversi kan sekejap je. 

Banyak je lagi situasi lain yang cubalah kamu fikir sendiri, mesti ada waktunya kamu sangat risau dengan apa pandangan orang terhadap kamu. Sebenarnya kita buang tenaga bila banyak fikir benda yang tak berfaedah. Oleh itu, bukanlah nak kata suruh pentingkan diri sendiri dengan hanya fikir diri sendiri aje. Tapi, bila dengan cara terlalu memikirkan pandangan orang terhadap kita membuatkan kita rasa sedih, tak bermaya, tensi, macam nak terjun bangunan *hiperbola* maka kenapa masih nak fikir banyak?

Bila rasa macam orang kutuk kita ke, tak suka kita ke, mengumpat kita ke. Anggap je mereka tak kenal siapa kita. Hanya yang rapat dengan kita aje yang betul-betul kenal & sayang kita kan? Oleh itu, aku punya tagline famous di kalangan teman rapat adalah " kalau ada 1000 orang menentang kita, ada lagi 2000 orang yang akan sokong kita. Jadi, kenapa nak hidup untuk 1000 orang tu sedangkan 1000 orang tu bukan siapa-siapa dalam hati & hidup kita. Tak berbaloi kan?" *bercakap sambil genggam tangan dan mata bersinar-sinar.cehhh!*

Ada kalanya kita berdepan dengan situasi yang sukar di mana kita takde peluang nak tegakkan kebenaran sebab adanya manusia-manusia bermulut lahanat. Kan? Jadi, aku nasihatkan bersabarlah. Ikut pengalaman aku, bila aku bersabar..selalu kebenaran itu terbongkar dengan sendirinya tanpa perlu aku jelaskan apa-apa. Lepas tu macam reverse psychology la, aku buat muka selamba je, tapi bayangkan orang yang buat salah dengan kita tu tak ke rasa malu nak berdepan dengan kita? Kalau jenis yang tak tahu malu tu sebab dia takde kemaluan la! Erkkk!?? Yer memang wujud spesis muka tembok besar China begini. Perkara tersirat tu, akan terbongkar juga akhirnya lebih-lebih lagi bila kau dianiaya. Allah kan ada dengan kita =) Doa tak semestinya lepas semayang je jenah oii.. *sapa nama dia jenah janganlah terasa pula..huhu..*


          TENANGLAH WAHAI HATI

Ya Allah, aku memohon kepadaMu dengan rahmat dan kasih sayang Mu, limpahkan ketenagan kedalam hatiku yang sedang gelora…Ya Allah, sejukkan hatiku yang membara….Ya Allah tunjukkan aku jalanMu…berikanlah aku hidayahMu…

Ya Allah, aku memohon dengan sangat..kau berikanlah kelapangan dalam dadaku, uraikan kekusutan dipikiranku, permudahkanlah urusanku…

Ya Allah, kepadamu aku mohon perlindungan dari bisikan syaitan dan tiupan nafsu….

Ya Allah, Ampunilah dosa2 ku, lindungilah aku…
“Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) Al Qur’an yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gemetar karenanya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barang siapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk baginya” (39:23)

Hanya kepadaMu lah aku memohon ampunan, dan kepadaMu lah aku titipkan harapan..

Wednesday, October 3, 2012

                     kawan setia
 
Bukan senang untuk mendapat kawan yang setia
Boleh berkawan waktu susah dan senang
Di waktu dukacita dan gembira
Di waktu kita buntu fikiran dialah yang memberi pandangan
Ketika tidak ada apa yang hendak dimakan dia beri bantuan
Boleh memberi pertolongan sebelum diminta, kerana faham masalah kawan
Apatah lagi apabila diminta.

Waktu sakit diziarahi, di waktu dapat nikmat dia melahirkan kegembiraan
Kesusahan kawan kesusahannya
Kesedihan kawan adalah kesedihannya
Keluarganya dijaga dan diambil berat tentang kehidupannya
Maruah kawan dan keluarganya amat dijaga
Ia merasakan maruah diri sendiri juga
Apabila sudah agak lama tidak berjumpa sudah tertanya-tanya
Apa halnya, apa masalahnya, lama tidak berjumpa
Kebaikannya dicerita-cerita dan dipuji-puji di belakangnya
Keaibannya ditutup dan kecacatannya tidak diumpat.

Mengutamakan kawan dari dirinya
Selepas mati keluarganya tetap dihubungi
Silaturrahim dengan keluarga kawannya selepas mati tetap ditolong
Aduh mana hendak dapat kawan di waktu ini
Macam kita gambarkan tadi.

Penulis pun belum boleh setia dengan kawan
Aku mohon ampun kepada Tuhan
Kerana belum boleh setia dengan kawan.



Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.
Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.
Semua orang pasti mahukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.

Friday, February 3, 2012

                saya sayang awak selamenye...........


AWAK…..
awak ingat tak dulu mase kite mula2 kenal?
dari kite borak2 kat facebook…kemudian awak mitak no fon saya..
sejak dari tu kita berhubungan melalui sms pula…
awak mesti ingat kan…awak nak tau sebab ape?
sebab saya MINAT nak kawan dengan awak…

Awak...
hari ni berubah situasi
tapi hati ni x mgkin brbh utk diisi
utk awk sya still kat cnie
walaupun dh lme rmai yg nk isi...


AWAK..
awak ingat tak dulu saya pernah merajuk 2 hari dengan awak?
saya rasa awak seolah2 kurang bagi perhatian kat saya..
awak tau sebab ape?
sebab saya dah mula SAYANGkan awak…

AWAK..
dari rasa MINAT tu…saya beranikan diri mulakan mesej dengan awak….
dari rasa SUKA tu….saya slow2 terima perbezaan usia kita….
dari rasa SAYANG tu…saya sedar saya tak boleh paksa awak beri perhatian kat saya je….
dan dari ketiga-tiga perasaaan ni…saya sedar…saya telah jatuh CINTA dengan awak….












AWAK...
Time saya majuk.....
saya tak angkat kol awak....
padahal telinga ni memang rindu nak dengar suara awak...
tapi sebb ego saya keraskan hati...

AWAK...
time awak bagi mesej pujuk saya...
saya baca walaupun saya tak balas....
saya sakit dengan perbuatan awak...
tapi bila awak terus pujuk saya untuk reply msj awak...
saya akur.....saya pujuk hati saya sendiri....
saya maafkan kesilapan awak....
sebab saya CINTAKAN awak....





Gadis: Mengapa awak menyukai saya? Mengapa awak cintakan saya?
Jejaka: Saya tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu saya memang menyayangi dan mencintai awak!
Gadis: Awak tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana awak boleh katakan awak sayang dan cintakan saya sedangkan awak tidak boleh menerangkannya.
Jejaka: Betul! Saya tak tahu sebabnya tetapi saya boleh buktikan bahawa saya memang cintakan awak!
Gadis: Tak boleh beri bukti! Saya nak awak terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Tapi, kenapa pula awak tak boleh terangkan sebabnya?
Si Jejaka menarik nafas panjang dan dia berkata..
Jejaka: Baiklah! Saya mencintai awak sebab awak cantik, comel, mempunyai suara yang merdu, penyayang, kelakar, dan sentiasa merindui saya. Saya juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak awak melangkah, di situlah cinta saya bersama awak!
Si Gadis tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan Si Jejaka tadi. Namun begitu selang beberapa hari si Gadis mengalami kemalangan dan koma.
Si Jejaka amat bersedih. Di wad hospital, Si Jejaka menangis di tepi katil Si Gadis sambil berbisik..
“Awak! Jika disebabkan suara, saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak bersuara? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak kerana sekarang awak tidak dapat bersuara.
Jika disebabkan kasih sayang dan senda gurau, saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak menunjukkannya? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak ketika ini.
Jika disebabkan senyuman saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak tersenyum? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak. Jika disebabkan setiap langkah saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak melangkah? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Saya tidak mempunyai sebab untuk mencintai awak lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Saya masih mencintai awak dulu, kini dan selamanya.
“Cinta tidak perlu ada sebab. Cinta lahir dari hati yang ikhlas. Saya terima awak seadanya. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang. Namun begitu. Ia boleh dirasai dalam hati..”

Sunday, January 22, 2012



                      cinta lama biarkan berlalu


Pernah tak terasa dalam hidup kita sentiasa ingat seseorang, ingin mendengar suaranya selalu dan kadangkala terasa dirinya begitu dekat meskipun jauh beribu batu????…..
Jika ada, itu namanya cinta. Cinta sesuatu elemen hidup yang amat misteri dan tersendiri. Ia sentiasa wujud bersama berdenyutnya nadi. Tidak kira apakah seseorang itu sudah berusia ataupun masih teruna/dara, rasa cintanya tetap wujud. Usah sangka orang yang sudah bongkok tiga sudah tidak memiliki cinta. Jauh didalam cinta terus segar dan mewangi.
Kita sudah dibungkus kebahagiaan, ada kalanya kita masih teringat si dia. Walaupun semuanya itu sudah bertahun berlalu, dia terasa begitu dekat. Kita masih ingat suaranya. Kita masih nampak senyum tawanya. Kita masih terdengar-dengar gurau sendanya.
Rasanya baru semalam berlalu. Tahu-tahu usia kita sudah menghampiri setengah abad. Sudah bertahun rupanya dia pergi meninggalkan kita atau kita yang pergi membawa kejujuran.
Terkadang rasa sunyi dan mahu mendengar kembali semua yang pernah kita dengari dari mulutnya. Kita mahu dia mengulanginya. Namun tidak mungkin, lantaran kita sekarang sudah hidup dalam persekitaran yang amat kondusif dan ekslusif, tersendiri amat.
Kata orang kita sudah terlalu tua untuk kembali bercinta. Tubuh kita mungkin sudah tidak upaya tapi minda dan harapan kita masih berbunga. Kita mereka-reka andaian itu dan ini. Angan-angan kita menerawang jauh. Imaginasi kita mereka sesuatu. Kita tersenyum dan menangis.
Wahai insan yang pernah bertaktha dihati, dimanakah engkau sekarang? Apakah engkau juga sering teringatkanku sebagaimana aku sentiasa teringatkanmu? Kita sering tertanya-tanya, di manakah dia. Kita sering memujuk hati kita supaya menerima hakikat bahawa dia ‘telah tiada’. Tapi hati kita sukar hendak percaya. Ia terus teringat dan ia terus mereka-reka cerita.
Pernah tak kita teringat seseorang dan kita amat merinduinya. Kita mahu segera berada di sampingnya. Kita mahu dia mendengari kita? Itulah cinta namanya.
Misteri sungguh perasaan ini. Ia datang dan terus datang tanpa memperdulikan hakikat siapa kita lagi, dan siapa dia sekarang ini. Kita terus teringat dan terus teringat. Kita merindui suaranya, merindui gelak tawanya yang pernah kita simpan jauh disudut hati kita.Kita ingin sekali mendengar kata-kata cintanya terucap lagi di telinga kita.
Itulah cinta. Ia misteri yang tidak pernah berjaya diberikan jawapan oleh manusia sejak dulu hingga kini. TUHAN menciptakan manusia bersama cinta dan kasih sayang. Bagaimanapun kita cuba menghilangkannya, ia tetap datang dan datang.
Wahai, andainya kita diberi kesempatan untuk mengulangi semua kehidupan, ingin kita lakukan yang terbaik. Namun, itu hanyalah ilusi. Kehidupan yang telah pergi tidak mungkin berulang. Usia yang telah terguna tidak mungkin kembali. Urat telah jelas, tenaga semakin berkurangan, mata kian kabur, langkah semakin terhenti-henti, tapi hati masih mekar dan segar.
Wahai hati, sedarilah hidup ini pergi bersama sejarahnya. Sejarah yang telah berlalu tidak perlu diulangi. Biarkan ia kekal sebagai sejarah yang boleh dipelajari apa-apa teladan dan pengalaman daripadanya. Besok yang bakal dihadapi lebih perlu untuk dibina bersama besarnya tekad dan tingginya azam. Muncullah sebagai manusia yang gemilang lagi cemerlang.
“Wanita yang solehah adalah wanita yang taat kepada ALLAH”. An-nisa:34
Cinta memang sentiasa muda, tidak pernah selari dengan usia yang kian bertambah






dulu sarah tak dapat bahagiakan awak..sarah selalu abaikan awak..n tak pandai hargai awak...hubungan kitew juz bertahan 3thun jew..akhirnye clash jgk..hari nim hari perkhawinan awak kan 22/01/2012??semoge awk bahagia dengan si dia..sarah  akn doakan yew..maaf lawr tak dapat pergi coz sarah ad hal..^^ semoge awk cepat kurniakan cahaya mata erk??maaf lawr kalu sarah ad buat salah dan silap ep..ampunkan sarah..


Tuesday, December 27, 2011



                         SAYA SAYANG SI DIA :)


  I nak belanja u gula-gula HACKS…..
faham tak ertinya?

H- Hanya
A- Aku
C- Cinta
K- Kau
S -Seorang



Luahan Cinta Ibarat Kentut…..
ditahan sakit….
dilepas malu….
dah keluar..fuhhh! Lega!!!

Jika kau hidup sehingga 100 tahun….
aku hanya ingin hidup hingga 99 tahun kerana aku tak rela hidup tanpa kau…

Di bawah ini senarai yg aku tak suka ttg kau…
1…..
2……
3…..
4……

Apa nak buat?? Aku suka semuanya ttg kau!
Tekan ke bawah jika kau merinduiku….
Tekan lagi kalau masih rindu…..

Lagi….

Lagi….

Masih tekan lagi???

Nampak sangat rindu…..

Aku juga sedang merinduimu…
Biarlah yang dulu jadi masa laluku, dan kau menjadi masa kini serta masa depanku

Kalau cinta ibarat penyakit,aku taknak makan ubat.Biar aku merana diserang penyakit ini krn aku ingin kau tahu betapa aku mencintai kau!

Org kata kita hanya jatuh cinta sekali saja. Tapi setiap kali aku mendengar suaramu, aku jatuh cinta sekali lagi!

Aku terasa sesuatu dihatiku…ianya seperti bara yg kecil. Setiap kali aku melihatmu, bara ini menyala dan ia sungguh istimewa kerana AKU CINTAKAN KAU!

Apakah kasih sayang perlu diucapkan?
Tidak perlu. Lalu kukirim SMS ini padamu, hingga tidak perlu mengucapkannya.

Andai hatimu penjara, biar aku dipenjara seumur hidupku di dalam hatimu…

Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku, dan aku memberikannya padamu. Tolong jangan diberikan lagi pada orang lain.

Aku mahu kau tahu aku menyintaimu setulus hati..bukan hipokrit…bukan cinta palsu..bukan ada kepentingan….
Ini adalah cinta tanpa syarat….
Aku begitu menyintaimu…..

Cinta akan hilang jika diambil org. Cinta akan mati jika digenggam rapi. Bagaimana harusku memegangmu? Apa perluku meneruskan atau melepaskan?

Betapa indah pun perkataan, tak boleh sama utk menyatakan cintaku padamu…

Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku, dan aku memberikannya padamu. Tolong jangan diberikan lagi pada orang lain.

Cintaku bukan ibarat kertas…..
Cintaku adalah bara yg sentiasa menyala
dan semakin marak ditiup kerinduan padamu…..

Jika mencintaimu satu kesalahan…biar aku bersalah. Cintaku padamu sangat kuat dan akan kuperjuangkan hidup ini demimu…

Cinta kita banyak ranjau. Tapi percayalah ia tidak sedikit pun mengurangkan cintaku padamu….Kau adalah insan teristimewa dalam hidupku

Aku tak dapat hidup tanpamu…..
kerana kaulah nyawaku……

Jika cinta itu dicukai..aku lah pembayar cukai paling tinggi!

Mencintaimu adalah perkara terindah yg pernah berlaku dalam hidupku. Mana mungkin aku melupakanmu seumur hidupku. Kaulah kekasihku yg pertama dan terakhir.

Air mata kerana sahabat 1 pengorbanan,
Air mata kerana ibu bapa 1penghormatan,
Air mata kerana kekasih 1penyesalan,
Air mata kerana Allah 1 keberkatan.

()” ‘ ‘()
( ;
( O) saya kan,
(,(’”)(’”) selalu
ingat kat awak..

tiap2 malam
suara awak
lawak awak
sumer la..

()” ‘ ‘()
( (”)(”) rindunye..!!
( )
( (’”)(’”)



  sayang awk laju~laju..jangan tinggal kan saye ye!!


Monday, December 26, 2011

     suka~suki bersama kawan2                  





                     ~ gambar kawan2 sarah
seronok sangat dapat hang out bersama kawan2 sarah..diowang seporting sangat..huhuhuhu bile jupe dengan kawan2 sarah ade jew diowng buat lawak..dalam 1 hari tak buat lawak emang tak boleh..hehehe kawan2 sarah nim suke bergambar cikit..comel kan kawan sarah??sarah jew hodoh..




                                                         MAIZATUL NORITA


kat atas tu...kawan sarah..juz panggil diye ita jew..comel kan diye..huhuhu diyew satu skulah dengan sarah..kawan sarah nim kadang2 nakal cikit tahu tak..lucu sangat kalu korang kenal diyew taw..huhuhu anyway diyew lawr kawan yg terbaex bagi sarah..


                                                                        ATHIRAH
yang pakai tudong hitam tu athirah juz panggil aty jew..huhuh nim kawan sarah yang selalu teman sarah nak pergi kemane mane ajew..baex diyew kan??sanggup teman sarah..huhuhu diyew nim lembut cikit orang nyew..tak macam sarah..huhuhu...aty nim satu skulah jugak dengan sarah tapi tak satu kelas pom dengan diyew..comel kan atirah


                                                            TUAN NUR HAZWANIE
yang pakai baju merah tu...name diyew wani..diyew selalu tolong sarah dalam pelajaran..maklum lawr sarah nim tak berapew pandai..lagi pom PMR diyew dapat 8A..bijak kan diyew??huhu wani ni bukan satu skulah dengan sarah diyew skulah sahut..pelik kan name skulah diyew..huhuhu pape jew lawr...wani the best fwen..
                                                            HAZLINDA & ADDILAH
gambar kat atas tu dila n linda..sarah sukew kawan dengan diowang...selalu buat lawak..lucu cikit kawan sarah nim..hepi sarah bile dapat kuar dengan diowng..huhuhu diowang baex sangat2 dengan sarah taw..susah nk dapat kawan macam diowang nim..huhuhu LOBE U SAYANG 
                                                                    FWEN 4 EVER
        hahaha sarah sorang jew tak de kan??sebelum balik snap dulu..huhuhu sebagai kenangan..




OKEH SAMAPAI DISI NI SAHAJA..PAPAI.. PEACEEEE!!!



Saturday, December 24, 2011

      

    KEBOSANAN MELANDA DIRIKU LAGI :(
hadow..lame tak updute blog..maklum lawr sarah nim new dalam bloger ep.belum fasih lgi dalam dunia bloger..huhu....Nim pom sarah update coz bohsan sangat tak tahu nk buat apew..hehehe..nak "hang out" tak boleh coz skrunk nim kan musim hujan..huhuhuhu.. bohsan gile duk kt umah,eh tak de orang nk ajak sarah keluar kew??hehehe kawan sarah sumenyew balik kampung lagi pom giliran kawan sarah pulak tinggalkan sarah,kecian  kat sarah kan?tak de teman..lgi pom sarah baru balik dari 'PETALING JAYA' pergi umah akak..best sangat duk kat sane coz boleh maen dgn ank sedare lagi pom sarah nim anak bongsu tak de adik teringin pulak nak adik..hohoho..sebut pasal anak sedare rindu pulak dekat si kecil nim (HANA ZAHRAH)

                                HANA ZAHRA

                   cute kan anak sedare sarah??baru 2 bulan..nampak macam 3 bulan kan?hermm tepi bilew diye skew lagi cute taw macam cik sue diye.hahaha perasan pulak sarah kan?..eh,cerite pasal anak sedare pulak..hahaha entah pape kan sarah tuliz lam blog nim...huhuhuhu k.lawr stakat nim jew lawr coretan sarah..juz nak hilangkan rase bohsan jew.. peaceee!! :D 

*if sarah ad mase sarah akan update blog lagi erk??*
-->maaf lawr kalu blog sarah tak berapew menarik lagi pom sarah juz tray dalam dunia bloger nim..

[fallow sarah balik erk?]